SMKA Tun Ahmad Shah

Berilmu Beriman Bertaqwa

Mon10202014

Last updateMon, 13 Oct 2014 2pm

Back You are here: Home Pencapaian Terbaik! Kebangsaan dan Antarabangsa

Pengantarabangsaan ke Sweden

Sweden , 10-14 September , Delegasi Ilmu Jawatankuasa Serasi seramai 5 orang guru , 6 orang pelajar dan satu orang wakil PIBG telah membuat lawatan sambil belajar ke Falu Frigymnasiym School, Falu Energi & Vatten, Power Plant, Falu Gruva , Masjid Stockholm, Kedutaan Besar Malaysia di Sweden, Muzium Penjara di Sweden .

MATLAMAT / OBJEKTIF:

i . Memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk pendidikan negara berkualiti dan bertaraf duniia

ii. Berkongsi maklumat antara kedua-dua buah sekolah terutama dalam aspek penjagaan alam sekitar di sekolah, sains dan teknologi serta kebudayaan.

iii. Membentuk pelajar yang dapat menilai dan menghargai alam sekitar dengan baik

iv. Membentuk pelajar yang mempunyai pengetahuan, berkepimpinan dan dwibahasa.

v. Mengenali negara Sweden dari segi sosial dan agama (terutama Islam)

 Catatan Perjalanan

 10 September 2014 (Rabu)

4.10 petang     Delegasi berangkat dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Lapangan    Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

11.15 malam   Delegasi berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan penerbangan Turkish Airline ke Lapangan

terbang Ataturk Istanbul (transit)

11 September 2014 (Khamis)

8.15 pagi         Delegasi bertolak dari Lapangan Terbang Ataturk Istanbul ke Lapangan Terbang Arlanda Stockholm.

10.45 pagi       Tiba di Lapangan Terbang Arlanda Stockholm. Pemeriksaan kastam dan pembelian tiket kereta api ke Falun.

12.06 tgh         Delegasi menaiki kereta api untuk ke Falun.

2.30 ptg           Tiba di Stesen Kereta api Falun dan disambut oleh 2 orang guru dan Falu Frigymnasium School iaitu Pn. Helena dan En.

Conny. Mereka membawa delegasi ke tempat penginapan Falu Vandarhem Fangelse Hostel.

12 September 2014 (Jumaat)

8.00 pagi         Delegasi berjalan kaki dari tempat penginapan ke Falu Frigymnasium School.

8.15 pagi         Delegasi dikumpulkan di Bilik Borneo untuk sesi taklimat dan pembentangan daripada Pengetua Falu Frigymnasium School.

Ketua Delegasi iaitu Pengetua SMKA Tun Ahmadshah turut membentangkan Program Alam Sekitar yang dilaksanakan di sekolah.

Selepas selesai sesi pembentangan, delegasi dibawa melawat ke kelas dan kawasan persekitaran sekolah.

Seterusnya delegasi dibawa menikmati makan tengah hari di sebuah restoran yang dijadikan kantin untuk pelajar sekolah Falu

Frigymnasium. Amalan baik yang diperoleh delegasi di restoran ini ialah selepas makan semua orang akan mengangkat dulang masing-

masing dan membuang sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan untuk dijadikan baja kompos. Seterusnya piring dan gelas yang

digunakan diletakkan ke dalam bekas atau rak mengikut saiz (piring).

1.05 ptg           Pelajar SMKA Tun Ahmadshah membuat persediaan untuk melancarkan roket air yang diperbuat menggunakan botol

minuman 100 Plus.

Pelancaran roket diadakan di kawasan lapang di hadapan sekolah. Semua pelajar Falu Frigymnasium terpegun menyaksikan pelancaran

roket air kerana kali pertama buat mereka mengenali roket air dan mereka memberikan tepukan yang gemuruh kepada pelajar SMKA Tun

Ahmadshah.

2.00 ptg           Delegasi dibawa ke Falu Energi & Vatten iaitu tempat pengumpulan kitar semula yang terbesar di Falun. Di Falun dan seluruh

Sweden, masyarakat tidak lagi membuang sampah seperti di Malaysia. Mereka mengitar semua sampah. Oleh itu, di Falu Energi & Vatten ini

terdapat 41 tong untuk pengasingan bahan buangan(sampah) mengikut jenisnya. Setiap penduduk dikehendaki menghantar sendiri sampah

atau bahan buangan untuk dikitar semula ke Falu Energi & Vatten. Namun demikian, tong kitar semula turut disediakan di kawasan

perumahan dan lori dari pihak Falu Energi & Vatten akan datang mengikut jadual untuk mengutip bahan kitar semula di kawasan yang

berkenaan.

Selepas bahan buangan atau sampah dikitar semula, bahan itu akan diproses untuk menjadi sumber tenaga. Tempat memproses sumber

tenaga ini dikenali sebagai Power Plant. Delegasi turut melawat ke kawasan Power Plant. Menurut Lars salah seorang jurutera di situ, kayu

yang dikitar semula boleh menjadi tenaga untuk pemanas semasa musim sejuk. Selain itu, air panas dan air sejuk di seluruh Sweden juga

sangat bersih sehingga boleh diminum terus tanpa dimasak. Air panas yang ada di tandas dan bilik mandi semuanya melalui proses yang

menggunakan tenaga daripada bahan kitar semula di Falu Energi & Vatten.

6.00 ptg           Delegasi kembali semula ke Falu Frigymnasium untuk Program Pertukaran Kebudayaan dan menandatangani MOU jalinan

persahabatan bagi kedua-dua buah sekolah.                       

Sementara menunggu masakan ikan kari daripada pihak guru SMKA Tun Ahmadshah, para pelajar mengajar pelajar Falu Frigymnasium

cara-cara menganyam ketupat menggunakan reben.

 

Read more...

Tunas wakili Sabah dan menjadi Johan Kuiz Ilmu Wahyu MISS 2014

11 Jun 2014, Tunas menjadi Johan Kuiz Ilmu Wahyu untuk 2 kali berturut-turut di Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Kebangsaan yang diadakan di Melaka pada 9-11 Jun baru-baru ini. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar kita , Mohd.Adib Fauzie , Mohd.Faiz Mahmud dan Syed Mohd.Redzuan Raflee yang berjaya merangkul gelaran sebagai Johan Kuiz Ilmu Wahyu MISS 2014 . Diikuti rapat iaitu Naib Johan adalah pelajar dari negeri Selangor manakala pelakar dari Negeri Sembilan mendapat tempat ketiga . 

Acara lain yang dimenangi oleh Wakil Sabah adalah acara Kalimatus Sobah .

Tahniah diucapkan kepada wakil Sabah yang semuanya terpilih daripada MISS negeri .

Tahniah!!!

Read more...

ALHAMDULILLAH ROKET TUNAS KE PERSADA ANTARABANGSA

Alhamdulillah, setelah 9 tahun menyertai Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) Peringkat Kebangsaan, akhirnya SMK Agama Tun Ahmadshah, Sabah telah dinobatkan sebagai Johan pada PTPR kali ke-10 tahun ini.SMK Agama Tun Ahmadshah, Sabah akan mewakili Malaysia ke Water Rocket Event sempena APRSAF (Asia-Pacific Regional Space Agency Forum ) ke-19 di Putra Jaya pada 8-9 Disember nanti.

Read more...

LAWATAN ANTARABANGSA KE JAKARTA , INDONESIA

6 - 8 Jun 2014 , satu lawatan yang diketuai oleh Ustaz Shariful Bahri Rahmat dan MPP telah berjaya dilaksanakan . Rombongan ini telah berkunjung ke dua buah sekolah di Jakarta iaitu SMAN 28 Jakarta dan SMA Muhammadiyah 11 Jakarta . Antara pelajar yang mengikuti rombongan ialah Afina Kinambura Mazlan , Abdullah Hassan , Syed Mohd Ridzuan Raflee , Kamaliah Rosli dan ramai lagi . Guru pula termasuklah Cikgu Mashita Marsus , Ustaz Mohd.Hafizy Ibrahim. 

Read more...

Tunas di Ambang Era Antarabangsa

Ana fi zanni ‘abdi dan the beautiful thing about dream is we can achieve it! Itulah dua ungkapan yang tergambar ketika mendapat perkhabaran tentang pencapaian Tunas sebagai johan keseluruhan dalam Kejohanan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Kebangsaan yang di adakan di Universiti Malaya mulai 12 hingga 14 Julai lalu.

Read more...

AMRI JOHAN KEBANGSAAN

Ahmad Amri Bin Ku Othman menjadi Johan Hafazan MTQ Kebangsaan yang diadakan di SMKA Kuala Lumpur pada 24-26 Mei 2013. Juga Kami mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada dua orang peserta kita , Syed Mohd. Redzuan dan Ahmad Amri yang mengharumkan nama sekolah SMKA Tun Ahmadshah kerana mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan .

Juga kepada guru pembimbing Ustaz Mohd Hafizy bin Ibrahim yang telah membimbing pelajar ini dengan bersungguh-sungguh. Inilah kebitaraan kita semua. Inilah kehebatan kita semua . Al-Quran di dada insya Allah. Tahniah Amri.

Read more...

NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH 2012

Sepanjang Nadwah Kepemimpinan Islam 2012, peserta TUNAS adalah di antara peserta yang paling menonjol kerana pelajar memberikan komitmen yang terbaikkk!!!.

Read more...

PENGALAMAN DI PERSADA ANTARABANGSA PEMANGKIN KEJAYAAN MASA HADAPAN

Pada 9 disember 2012, TUNAS telah mewakili Malaysia ke pertandingan Water Rocket Event kali ke-8 sempena program Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRASF-19).

Read more...

MIIPA 2011

ALOR SETAR : Tahniah! Syabas! Syukur! seramai 3 orang pelajar SMKA Tunas telah terpilih untuk mengikuti MIIPA ( Majlis Ihtifal Institut Pendidikan Agama ) Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 17 hingga 21 Julai 2011 yang lalu bertempat di SMKA Kedah , Alor Setar, Kedah.

Read more...

The students who took Tunas into the international arena

During the Rocket Launching Technology Competition National Level 2012 in Kuala Lumpur SMKA Tun Ahmadshah sent a team comprising of two Form Four students, Suhardi Hablee(S) and Muaz Mingu (M) and their advisor Madam Hartini Asimin.

Below is an interview with the team by Teacher Nurijam Ilma
(NI). ....

Read more...