SMKA Tun Ahmad Shah

Berilmu Beriman Bertaqwa

Thu10302014

Last updateSun, 26 Oct 2014 8am

Back You are here: Home Utama Maklumat Profil Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam pada awalnya merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan biasa dibuka pada 1 Januari 1988, dengan bilangan guru seramai 14 orang pada semester pertama dan bertambah sehingga 24 orang pada semester kedua.

Bilangan pelajar pula ialah seramai 455 orang pelajar dan seramai 184 daripadanya tinggal di asrama. Pengetua pada masa itu ialah Encik Matshah Abdul Hamid. Pada peringkat awalnya, sebanyak 4 kelas tingkatan 1 aliran agama ditumpangkan buat sementara waktu dan kemudiannya sebanyak 10 buah kelas aliran akademik dibuka di sekolah ini pada tahun tersebut.

Pada penghujung tahun 1988, terdapat cadangan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah menengah agama memandangkan sekolah asal yang dicadangkan sebagai sekolah menengah agama yang terletak di daerah Ranau masih di dalam proses pembinaan. Pihak jabatan telah bersetuju memandangkan sekolah ini sangat strategik untuk dijadikan sekolah menengah agama disebabkan sekolah ini berhampiran dengan pusat pentadbiran.

Cadangan tersebut menjadi kenyataan apabila pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas bersama 20 orang tenaga pengajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan dipindahkan ke sekolah ini pada 3 Januari 1989. Pada masa itu juga berlaku perubahan dalam pentadbiran dengan pertukaran pengetua dan 2 orang penolong kanan. Maka, rasmilah sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah menengah agama di Sabah. Nama sekolah juga turut diubah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam. Bilangan guru dan pelajar sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah pada tahun 2000, bilangan guru telah mencecah sebanyak 53 orang, manakala bilangan pelajar sekolah pula sebanyak 479 orang pelajar.

Setakat bulan Mei 2010, sekolah ini berkapasiti 440 pelajar dengan sesi persekolahannya dikendalikan oleh 42 orang tenaga pengajar termasuk dua orang guru kanan gred DG48 dan 11 orang guru kanan gred DG44, manakala pentadbirannya dikendalikan oleh 14 orang kakitangan bukan mengajar (KTBM) yang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir, tiga orang Penyelia Asrama, dua orang Pembantu Sains (Makmal), seorang Juruteknik Komputer dan selebihnya berperanan sebagai Pembantu Am dan Pemandu.

AddThis Social Bookmark Button